Mamanda, Ampang

Mamanda merupakan kawasan yang meliputi kawasan pekan dalam daerah Ampang, Selangor. Kawasan ini juga ditadbir oleh (MPAJ). Kawasan Mamanda ini diambil dari perkataan "Para-para Pembesar Melayu". Perkataan ini telah dicatatkan pada nama-nama jalan disekitar kawasan itu. Kawasan Mamanda ini telah dimajukan oleh pemaju dari Syarikat Selaman Sdn.Bhd (sebuah anak syarikat kepada Kumpulan Selangor Berhad yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan) sekitar tahun 1989 sehingga 1992. Sehingga sekarang syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa kawasan baru di sekitar negeri Selangor. Keluasan Mamanda dianggarkan 1.5 hektar dan kos pembangunan dikawasan ini memakan hampir RM5 juta. Kawasan ini terletak di sempadan kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.Perjalanan ke pusat bandar amat strategik dimana terdapat lebih banyak jalan yang menghubungkan ke Ibu Kota Kuala Lumpur disamping Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Middle Ring Road 2 (MRR2). Sebagai merakamkan rasa penghargaan kepada Selaman Sdn. Bhd. yang telah banyak berbudi terhadap pembangunan kawasan Mamanda,beberapa batang lorong yang terdapat di dalam Dataran D'Palma yang berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point telah diberi nama Lorong Selaman. Lorong ini telah dihubungkan dengan Jalan Mamanda 1 yang agak sesak kerana merupakan jalan yang menjadi salah satu laluan utama untuk memasuki Jalan Ampang (jalan terpanjang di Ampang yang menghubungkan laluan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur).Terdapat dua kawasan perumahan penting di kawasan Mamanda ini adalah: